Sunday, 1 January 2017

Why am i doing this?

Assalamualaikum.

Ha kemain tajuk omputih. Actually, tak tau pon nak menulis blog ni macam mana. Memang la blog ni ikut suka hati tikus ke atau cicak kat rumah aku ni. Tapi sumpah nak mengarang tu tak reti. Paham dak? Aku tulis panjang2 macam karangan masa aku darjah 6 dulu tapi tak post pon aku padam. Bila karang orang putih rasa mcm tak kopiden nak post jugak sebab satg salah grammer buat malu ja( mmg salah pon).So sekarang ni malaih nak pikiaq mcam mana nak tulis sebab ni blog aku kan. Ikut suka hati i kan. So kalau ikut suka hati i. I nak tulis cakap bahasa apa pon boleh kan. Sebab ikut selesa hati sendiri kadang nak tulis cakap kedah kadang tu macam formal sikit kadang speaking sikit. So bear with me. 

Oleh itu, meh nak cerita sikit pasai apa aku nak tulis belog ni. Aku rasa aku ni sorang yang susah nak orang approach aku. Maksud aku, first impressions orang kat aku. Depa kata aku ni susah nak senyum. Ye la kan tak kan laa aku dopolohpat jam nak senyum kot. Memang muka mcik ni mmg lagu ni nak buat lagu mana. Cuba kenai dulu ni dak, dah letak cop kata mkcik comel ni sombong (puji diri sendiri sbb tak dak sapa nak puji). Kenai laa dulu taw hati budak i , i ni sangat laa suka nak berkawan cuma i pemalu sikit kalau i yang nak mula dulu rasa phobia . Mana nak taw orang tu tak sudi ka kan tak ka malu. Tapi kadang tu kita tak la boleh nak ikut kehendak kita ja kan mesti laa kita kena tengok situasi sama.

So, nak jadikan cerita ni kenapa buat blog ni sebab kadang tu beletiaq kat orang lain dari beletiaq bila menulis. Menulis ni rasa mcam perasaan tu lain jari jemari ni berjalan laju menaip apa yang nak tulis. So rasa freedom la nak cakap apa tapi kena tapis laa kan. So harap dengan menulis blog ni dapat berkongsi something dengan orang lain. Semoga blog ni merakam perjalanan aku sebagai seorang dreamer yang professional.Dreamer yang akan berjaya bukan setakat mimpi di kayangan tapi mimpi yang akan jadi nyata.Inshallah. Harap-harap kalau kawan-kawan yang membaca belog ni kalau aku ada salah harap dapat beri tunjuk ajar.

note: maaf sangat kalau penggunaan "aku" kepada sesiapa yang lebih tua , "aku" ni digunakan untuk keselesaan kawan-kawan membaca. Sebab uolls semua kawan saya. ;)Maaf ats penulisan yang masih mentah. Saya masih belajar. Inshaallah akan perbaiki lagi.









No comments:

Post a Comment