Sunday 1 January 2017

Why am i doing this?

Assalamualaikum.

Ha kemain tajuk omputih. Actually, tak tau pon nak menulis blog ni macam mana. Memang la blog ni ikut suka hati tikus ke atau cicak kat rumah aku ni. Tapi sumpah nak mengarang tu tak reti. Paham dak? Aku tulis panjang2 macam karangan masa aku darjah 6 dulu tapi tak post pon aku padam. Bila karang orang putih rasa mcm tak kopiden nak post jugak sebab satg salah grammer buat malu ja( mmg salah pon).So sekarang ni malaih nak pikiaq mcam mana nak tulis sebab ni blog aku kan. Ikut suka hati i kan. So kalau ikut suka hati i. I nak tulis cakap bahasa apa pon boleh kan. Sebab ikut selesa hati sendiri kadang nak tulis cakap kedah kadang tu macam formal sikit kadang speaking sikit. So bear with me. 

Oleh itu, meh nak cerita sikit pasai apa aku nak tulis belog ni. Aku rasa aku ni sorang yang susah nak orang approach aku. Maksud aku, first impressions orang kat aku. Depa kata aku ni susah nak senyum. Ye la kan tak kan laa aku dopolohpat jam nak senyum kot. Memang muka mcik ni mmg lagu ni nak buat lagu mana. Cuba kenai dulu ni dak, dah letak cop kata mkcik comel ni sombong (puji diri sendiri sbb tak dak sapa nak puji). Kenai laa dulu taw hati budak i , i ni sangat laa suka nak berkawan cuma i pemalu sikit kalau i yang nak mula dulu rasa phobia . Mana nak taw orang tu tak sudi ka kan tak ka malu. Tapi kadang tu kita tak la boleh nak ikut kehendak kita ja kan mesti laa kita kena tengok situasi sama.

So, nak jadikan cerita ni kenapa buat blog ni sebab kadang tu beletiaq kat orang lain dari beletiaq bila menulis. Menulis ni rasa mcam perasaan tu lain jari jemari ni berjalan laju menaip apa yang nak tulis. So rasa freedom la nak cakap apa tapi kena tapis laa kan. So harap dengan menulis blog ni dapat berkongsi something dengan orang lain. Semoga blog ni merakam perjalanan aku sebagai seorang dreamer yang professional.Dreamer yang akan berjaya bukan setakat mimpi di kayangan tapi mimpi yang akan jadi nyata.Inshallah. Harap-harap kalau kawan-kawan yang membaca belog ni kalau aku ada salah harap dapat beri tunjuk ajar.

note: maaf sangat kalau penggunaan "aku" kepada sesiapa yang lebih tua , "aku" ni digunakan untuk keselesaan kawan-kawan membaca. Sebab uolls semua kawan saya. ;)Maaf ats penulisan yang masih mentah. Saya masih belajar. Inshaallah akan perbaiki lagi.









N E W B E G I N N I N G 2 0 1 7




2017

new chapter
new days
new chances
new memories

BUT

same people
same me


STILL

hope that this year will make me more mature, be a person who do not give up, and be more generous and help more people


note:
harap harap orang yang menulis ni akan lebih matang dan jangan cepat mengalah walaupun digit umoq tu dah makin meningkat.


Monday 14 July 2014

saya budak baru belajar

Assalammualaikum.


hai korang semua. Hari nie macam mana sihat? puasa tak? aku kira2 dah dekat 17 hari dah kita semua berpuasa. ohh noo satnya.. lagi 2minggu lebih ja lagi nak raya.. cek tak sabar nak balik rumah.



sebenarnya tak taw nak tulis entry apa. Cuma nak bagi tahu aku baru belajar nak buat blog. So kalau ada apa2 yang tak kena ka bagi taw ja kat aku. sebab aku pon baru belajar nie.



okey la sampai kat sini ja. tak terlambat kot nak ucap selamat berpuasa.. Selamat Berpuasa untuk semua umat islam n pembaca2 sekalian *cewah serupa ada orang nak baca blog aku 

 -_- 


p/s:sangat sorry untuk entry nie dah la tulis pon entah apa2. inshallah aku akan perbaiki mutu penulisan cek nah. Anyeong. :)




Wednesday 2 July 2014

Happy Birthday! ;)

Assalamualaikum
  Hai Ampa. Hari cuba teka birthday sapa? its me. ;) Birthday girl. Alhamdulilah aku masih lagi diberi peluang untuk hidup dekat bumi nie cukup 18 tahun dah. 

  Terima kasih dekat mak sebab jaga kak dari kak kecik smpai jdi cubby lagu nie. Arigato mak. Love u <3. Kawan2 cek yang wish kat cek. SAYANG ampa ketat2 cekang2.

 serious aku habaq kat ampa cek tak reti nak tulis apa. sapa2 yg wish kat cek. terima kasih semoga kita diberkati oleh ALLAH. amin.

TO AUFA: Aufa, anyeong, sekarang hg dah cukup 18tahun, cukup utk berfikir dgn matang


jgn bergantung pada org. sekarang AUFA u have work hardest nak balas jasa mak. So, figthing aufa! u can do it! semoga satu ari nie hg akan berjaya. AMIN! 
credit:google image